Boleh kami bantu anda?
Dimaklumkan bahawa pengisian data SPPICTS Ambilan 2/2011 telah pun bermula pada tarikh yang telah ditetapkan mulai 14 September 2011 sehingga 8 Oktober 2011.
Mohon semua GPB/GICT sekolah kelompok PKG Batu Gajah untuk mengambil tindakan dengan kadar segera. Sekiranya menghadapi masalah sila menghubungi PKG Batu Gajah.Disertakan “LINK” ke pertal tersebut dibawah.
http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php
Perhatian kepada semua sekolah kelompok PKG Batu Gajah!
Mohon kerjasama Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan Mengenai Pelaksanaan SSQS 2011 yang dijalankan oleh Pihak BTPN Perak. Diharapkan pihak tuan/puan dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya. Disini disertakan capaian untuk kajian tersebut :-
https://spreadsheets.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGg2X1h0TFpTdTJJekZqU0tFWFZZcUE6MQ
PENGISIAN TERSEBUT BERMULA HARI KHAMIS, 14 JULAI 2011 DAN AKAN BERAKHIR PADA KHAMIS, 21 JULAI 2011.
Tahiah kepada sekolah-sekolah berikut:-
SK Seri Tronoh
SK Kg. Seri Rahmat
SJKT Tronoh
SJKC Chung Sun
Terima kasih kepada 4 sekolah tersebut kerana telah berjaya menyelesaikan pengisian data ssqs 2011 walaupun dengan situasi permasalahan dengan SERVER SSQS yang tidak stabil timbul sewaktu pengisian data tersebut. Diharapkan sekolah-sekolah lain dapat mengikut jejak langkah mereka dengan menyelesaikan pengisian data dengan kadar segera. Disini disertakan status terkini pengisian data ssqs 2011 pada jam 4.30 Petang pada 14 Julai 2011.
Dimaklumkan bahawa Bengkel Pengisian Data SSQS Secara Online Di PKG Batu Gajah yang dijadualkan pada 12 Julai 2011 iaitu pada hari Selasa telah ditunda tarikhnya ke 14 Julai 2011 iaitu pada hari Khamis. Ini adalah disebabkan cuti sempena Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang diberikan kepada semua sekolah pada hari isnin dan juga atas faktor jarak masa yang terlalu singkat untuk Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT mengumpul data responden dari murid dan guru. Diharapkan penundaan tarikh ini dapat memberi ruang masa untuk Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT mengumpul maklumat-maklumat dari responden.
Perhatian kepada sekolah yang disenaraikan dibawah mengambil tindakan dengan kadar segera :-
SMK Sultan Yussuf
SMK St. Bernadette’s Convent
SMK Yuk Kwan
SMK Toh Indera Wangsa Ahmad
SMK Dato’ Bendahara C.M. Yusuf
SMK Tronoh
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sedang menjalankan KAJIAN PERHUBUNGAN KEBERHASILAN MURID DENGAN TAHAP SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS).
Sehubungan itu, kerjasama anda amat diharapkan untuk menjawab semua soalan yang terkandung dalam soal selidik ini dengan ikhlas dan jujur.Segala maklumat yang diberikan adalah sulit dan digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja.
Kajian secara dalam talian boleh diakses mulai jam 9.00 pagi, 4 Julai 2011 dari portal BTP. Responden yang terlibat ialah murid Tingkatan 4 dari 96 sekolah -sekolah 4 – 5 bintang, hasil penarafan 2010. Tarikh pengisian bermula dari 4 – 17 Julai 2011.
Sekiranya ada masalah capaian melalui portal,sila klik:
https://spreadsheets.google.com/spreadsheet/embeddedform?formkey=dHVlTUhEUVVOREpzUjFIdDNKOWhhV2c6MQ
Kerjasama anda dalam menjayakan kajian ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Kementerian Pelajaran Malaysia
JULAI 2011
Mohon pihak sekolah (U.P:- Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT) menggunakan borang yang disertakan dibawah.
Perhatian kepada semua Guru Penyelaras Bestari atau Guru ICT sekolah kelompok PKG Batu Gajah.
Mohon kerjasama kepada semua sekolah dalam kelompok PKG Batu Gajah untuk melengkapkan pengisian maklumbalas secara online di “http://175.145.14.201/penyenggaraan” atau boleh diakses melalui laman web BTPN Perak.
Sebagai makluman, Guru Penyelaras Bestari atau Guru ICT perlulah mengisi semua ruangan maklumat di Bahagian A sehingga Bahagian F, dan pastikan “click” pada ruangan simpan bahagian (sama ada A/B/C/D/E/F) setiap kali selesai pengisian maklumat di setiap bahagian.
Sila gunakan kod sekolah (huruf Besar) untuk login dan password.
sebagai contoh:
Login untuk SK TASEK DAMAI = ABA2071
Password = ABA2071
Adalah dimaklumkan bahawa Server SSQS ditutup buat sementara waktu sehingga jumaat, 8 Julai 2011 bagi tujuan peningkatan tahap keselamatan.
Oleh yang demikian, sebarang aktiviti pengisian data bagi penarafan SSQS 2011 adalah ditangguh dan disambung semula pada Sabtu, 9 Julai 2011. Surat untuk tujuan rujukan boleh didapati di sini:-http://www.box.net/shared/e7psflat72kf8xhsf2xd
Perhatian kepada semua sekolah kelompok PKG Batu Gajah!
Pengisian Data Secara Online SSQS bagi Tahun 2011 telah bermula. Pihak sekolah sudah boleh mula mengisi data SSQS bermula dari tarikh 4 JULAI HINGGA 24 JULAI 2011. Diharapkan kesemua sekolah dapat mengisi data tersebut mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Diharapkan sekolah kelompok PKG Batu Gajah dapat mencapai sasaran 100% pengisian data SSQS Tahun 2011. Berikut disertakan “link” untuk ke portal tersebut:-
http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php
Rujukan/Panduan:-
Sekolah Gred A dan B
- 1 Pentadbir (Pengetua/Guru Besar sahaja)
- 1 GPB/Guru ICT
- 30 guru (5 guru dari setiap 6 subjek teras)
- 30 murid (5 murid dari setiap 6 subjek teras)
- Jumlah Responden = 62
Sekolah Gred SKM
- 1 Pentadbir (Pengetua/Guru Besar sahaja)
- 1 GPB/Guru ICT
- 6 guru (1 guru dari setiap 6 subjek teras)
- 6 murid (1 murid dari setiap 6 subjek teras)
- Jumlah Responden = 14